• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple
Photobucket

Gagal ?

Gagal....
semua orang pernah gagal kan..
tapi, kegagalan kunci kejayaan..
kalau tak pernah gagal, tak lengkap la hidup..
mana ada orang hidup tanpa cabaran..
cabaran buat kita berjaya..
menguji kekuatan fizikal dan mental..

Terbaca blog cik biah tadi..
"kita adalah apa yang kita fikirkan"
selalu ahadi gunakan perkataan gagal..
tak kira tuk diri sendiri, mahupun orang lain..
apa yang kita fikirkan, membentuk diri kita..
tertarik sungguh membacanya..

tak nak gagal..
dulu, berjaya juga..
hari ni berjaya, esok gagal semula..
sebab, fikiran cenderung kearah tu..
setiap perbuatan dan tingkah laku, dibuat dengan kurang yakin..
sebab itu la gagal..fikir gagal saja..

sekarang, timbul lah kesedaran..
akibat dari bahana kegagalan..
hari ini lulus, esok lulus, lusa pun kena lulus..
gagal? terima dan tidak mengeluh..
ubah fikiran..
keyakinan..

"Allah tidak membebankan sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Baqarah : 286

Ujian dan cabaran, motivasikan diri..
gagal, tak bermakna tak berjaya..
Berani gagal..
ahadi nak lulus..
cuba untuk lulus..
Read More 8 komen dan ulasan | Dikarang oleh ~Ibnu Bach~ edit post

Berkawan? atau.....

Hampir seminggu berada di Mesir setelah lama bercuti di kampung halaman bersama keluarga dan insan dihati. Tiada apa yang berubah. Semuanya kelihatan sama seperti 4 bulan yang lepas. Cumanya seminggu berada di Mesir ini, hati ku mula dilanda pelbagai pertanyaaan ekoran kejadian yang berlaku beberapa hari yang lepas..

Gambar Hiasan


Timbul dibenak pertanyaanku, apakah persahabatan yang dijalinkan boleh menimbulkan keraguan oleh pihak ketiga. Samada kekasih atau kawan-kawan yang lain..

Semestinya ya. Kerana kemesraan yang dijalinkan, boleh menimbulkan rasa keraguan itu.. Tapi secara jelasnya kalau difikirkan, perkara ini tidak sepatutnya dibebankan di dalam kepala.. Kerana keraguan dan kesangsian yang tiada asas buktinya hanya memburukkan keadaan.

Nyatalah ekoran dari perkara ini, ada yang menyalah anggap hubungan tersebut. Minda yang tidak boleh diubah, tidak juga boleh dibetulkan.

Jagalah hubungan persahabatan ini.. Berkawan atau bercinta? Tetapkan pendirian.. Persahabatan dibina takkan boleh diputuskan begitu sahaja..Terimalah realitinya..
Read More 3 komen dan ulasan | Dikarang oleh ~Ibnu Bach~ edit post

Lelaki dan Wanita

Salam sejahtera..

Anda kenal Lelaki/Wanita?
Sejauh mana pengetahuan anda tentang lelaki/wanita?
Lelaki dan Wanita ibarat seperti cas negatif dan positif..Berlainan sifat dan jenis, tetapi sentiasa ingin bersama..

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kata-katanya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

~Kerjasama dalam kehidupan adalah tersangat penting dalam menjana kebahagiaan. Rapuhnya hubungan seseorang itu bermula apabila hadirnya perasaan curiga yang tidak bertempat.
Janganlah mudah menyalahi pasangan anda. Tidak kira anda lelaki ataupun perempuan, pasti ada kelemahan dan kecatatannya..
So, apa lagi.. Fikir positif.
Read More 6 komen dan ulasan | Dikarang oleh ~Ibnu Bach~ edit post

Untukmu...

untukmu..

wahai kekasih hatiku...
hadirmu amat bermakna dalam hidupku..
memberi seribu satu pengertian
mengubah pendirian dan keyakinan
menambah kemanisan dan kebahagian

Apalah erti cinta jika sekadar lafaz di mulut
bukan datang dari hati..
apalah erti cinta tanpa pengorbanan yang suci..
apalah erti cinta jika saling tidak menghargai..
apalah erti cinta jika meminta tidak memberi..

apakah itu yang engkau perolehi dari ku..
apakah aku tidak memahami perasaan jiwamu..
apakah pemberianku racun bukan madu..
apakah cintaku hanya retorik dan palsu..

semakin jauh semakin banyak cabarannya..
semakin banyak dugaan..
semakin banyak halangan..
keteguhan hati ibarat setiap ombak yang datang
bagaikan sebuah benteng kukuh nan tinggi yang mengelilingi sang pecinta. 
Keteguhan hati melahirkan kesetiaan. 
Kesetiaan untuk mendampingi kekasih dalam setiap gelombang kesulitan. 
Kesetiaan untuk merawat pohon kebahagiaannya dan menyiraminya tanpa henti.

Tapi sedarlah, cubaan dan rintangan itu tetap akan hadir tanpa dipinta..
semakin hari, semakin menghampiri..

Apalah erti sebuah kejayaan tanpa cubaan dan rintangan..
Apakah manis cinta itu sekiranya tenang tanpa dugaan..

Ingatlah....
perkuatkanlah hatimu..
Diriku dan dirimu adalah satu..
Tidak goyang dengan dugaan..
Tidak dengan masalah-masalah kecil..
Tidak juga dengan ombak yang datang menggulung..

Walaupun terpisah beribu batu..
tapi hatiku tetap dekat denganmu..
Bagaikan satu jiwa di dalam dua tubuh berbeza..

~Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli. 
Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.

Khas buatmu.....
Read More 4 komen dan ulasan | Dikarang oleh ~Ibnu Bach~ edit post

Piramid Giza



Piramid Giza (24/4/09)

Selepas selesai solat jumaat je aku terus gerak pergi ke Giza, naik Metro terus ke stesen Giza.
Pastu tak sabar dah, sampai je aku terus amik teksi pergi ke Piramid..Ahhhhh, cakap banyak pun tak gunakan..Ni ada beberapa keping gambar yang sempat aku adaptasikan sewaktu aku kat Piramid..


Petang tu, aku siap naik unta lagi..Pengalaman naik unta ni memang tak boleh digambarkan, kecuali pergi dan rasa sendiri..hahahaha, naik kuda lain tau feel nya ngan naik unta..susah la nak cerita..








sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas




Kira ini pengalaman aku yang paling dahsyat la sepanjang aku kat Mesir ini. Baru setengah tahun kat sini. Maybe lepas ini ada yang lagi extreme kan yang aku boleh kongsi kat korang semua..








Read More 0 komen dan ulasan | Dikarang oleh ~Ibnu Bach~ edit post
Catatan Lama

Color Paper

  • About
      About me. Edit this in the options panel.
  • Selamat Datang

    Selamat datang ke blog saya. Semoga dapat berkongsi idea dan pendapat. Sebarang cadangan atau teguran boleh di sampaikan melalui komen dan ruangan chat atau terus menghubungi saya di Yahoo messenger [kinklanc09]. Terima Kasih kerana melawat blog saya.
    Photobucket

    Mengenai Saya

    Foto Saya
    ~Ibnu Bach~
    Abdul Hadi B. Bachok. Berasal dari Pontian Johor. Pelajar di Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Kaherah dalam kuliah Takhassus Qiraat.
    Lihat profil lengkap saya

    Kalendar

    Komen Terbaru anda

    Blog Archive

    • ▼  2009 (17)
      • ▼  November (1)
        • Gagal ?
      • ►  Oktober (1)
        • Berkawan? atau.....
      • ►  Mei (2)
        • Lelaki dan Wanita
        • Untukmu...
      • ►  April (1)
        • Piramid Giza
      • ►  Mac (4)
        • ~ Duit Duit Duit ku Di Mesir~
        • Indonesian melampau !!!!!!
        • ~ Makanan yang saya makan di Mesir ~
        • Sains dan Al-Quran : Pentingnya kedua-dua aspek ya...
      • ►  Februari (8)
        • Mahasiswa Luar Negara : Ada Bantuan k?
        • Piala Presiden 09 Zagazig
        • Komuniti website [respon dari tajuk laman web komu...
        • Laman web komuniti : kebaikan atau keburukan
        • Cinta manusia
        • Remaja dan Perubahan Zaman
        • Wahai Mahasiswa
        • 800 000 pelajar ipt dapat kerja - kosmo
    • ►  2008 (4)
      • ►  September (4)
        • khatam kat marsah
        • Sebelum berlepas ke Mesir
        • hari mendatang
        • kehidupan ku di Mesir

    My Football League

    Liga Malaysia X11 Photobucket

    Pilihan

    • current (5)
    • Isu Mahasiswa (4)
    • Tentangku (10)

    Rakan dan Taulan

    Komuniti

    Jom borak !!!


    ShoutMix chat widget

    Chat

    Link Surat Khabar

    (Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us
    • ::. DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA [MAQAZ] SHOUBRA .::
      SOUTUD DAKWAH : Edisi Awal Muharram 1431h
      4 beberapa hari yang lalu
    • Web Rasmi | Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Di Mesir | KEBAJIKAN & PERPADUAN
      PEMAKLUMAN PERMOHONAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
      5 beberapa minggu yang lalu
    • just a mere muslim....
      Bagaimana Bercinta Cara Islam
      2 beberapa blan yang lalu
    • Hafifi
      Menyeru Manusia
      4 beberapa blan yang lalu
    • .: Qalbi Hayati Aisyati:.
      4 beberapa blan yang lalu
    • Raja Asyraf
      Syaitan Menolong Orang Ke Masjid
      5 beberapa blan yang lalu
    • .::Liga Malaysia X11::.
      Perlawanan Liga ke 8
      7 beberapa blan yang lalu
    • MUAT TURUN MP3 DAN LIRIK LAGU - LAGU ARAB
      Amr Diab - Wahshteny
      9 beberapa blan yang lalu
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright xXklanCXx :: {logika atau retorika}. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top